Pembabitan sebagai pelakon Brad Pitt

Brad Pitt mula menceburi bidang lakonan pada tahun 80an dalam siri television popular iaitu Dallas. Manakala lakonan filem pertamanya ialah dalam filem seram remaja, "Cutting Class" (1989).

Popularitinya mula meningkat naik selepas lakonannya yang hebat sebagai seorang koboi dalam filem aksi "Thelma & Louise" pada tahun 1991. Beberapa tahun selepas itu iaitu pada 1995, dia digandingkan dengan pelakon terkenal Tom Cruise dalam filem seram "Interview with the Vampire". Tahun 1995 merupakan tahun yang penting bagi kerjaya Pitt sebagai pelakon filem yang serius kerana dia berlakon dalam filem pelbagai genre seperti "Legends of the Fall" dan "Se7en". Sewaktu dalam set penggambaran Se7en dia bertemu dan jatuh cinta dengan pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Gwyneth Paltrow. Tetapi perhubungan mereka tidak berpanjangan dan pada 29 Julai 2000 Pitt mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin pelakon sitkom popular "Friends" iaitu Jennifer Aniston.

Selepas perkahwinan mereka, bintang Pitt terus bersinar manakala Jennifer pula berlakon dalam beberapa filem komedi. Walaupun kedua-dua pelakon ini kerap dianggap sebagai pasangan yang paling sesuai tetapi mereka tidak dianugerahi seorang cahaya mata. Pada pertengahan 2005, rumahtangga mereka kian retak apabila Pitt jatuh cinta pula dengan pelakon gandingannya dalam filem "Mr & Mrs Smith" iaitu Angelina Jolie.